Saturday, September 12, 2009

Our YanYan In Memory

The best kind of friend is the kind you can sit on porch swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had, It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives
*****************************************

Sekejap je, rupa-rupanya dah empat hari kami berpisah dengan YanYan,
walaupun sedih,namum apakan daya sudah tertulis hanya setakat ini
kita bersama. Pun begitu hari-hari yang dilalui bersama: aku,Pewoz & YanYan
tetap segar dalam ingatan ini. Adakalanya terasa janggal dengan kehilangan ini,

hinggakan kadang-kadang bibir ini tersasul masih memanggil namanya.
Sukar untuk melupakan detik-detik indah persahabatan ini. Bagi aku
ikatan ini lebih bernilai dari segalanya. Persahabatan yang terjalin dengan
ketulusan budi dari lubuk hati yang suci.

Hanya kad perpisahan sebagai pengganti diri yang telah dikirimkan untuk aku & pewoz.
Terharu dengan coretannya sehinggakan tergiang-ngiang ditelinga ini apabila baca dengan
nada suaranya...

Thanks for being my best friend,jagalah ikatan persahabatan ini sebaik mungkin,
bajailah ia dengan kejujuran,agar tumbuh subur dalam diri & hati kita semua..Semoga
benih-benih ini bisa berkekalan selama-lamanya..




Untuk teman-teman kat luar sana hanyatilah kata-kata ni untuk pegangan semasa menjalinkan
persahabatan:

Apabila kita ingin berteman, janganla kerana kelebihannya,
kerana mungkin satu kelemahan,kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana
mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu kau mungkin akan menfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat...terimalah dia seadanya, kerana dia
seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan
semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana
Allah Fillah...





Kepada YanYan aku doakan kebahagian & menemui kejayaan hidup,Kecapilah
apa yang ingin digapai selagi termampu. Kami tetap akan mengingati & merindui
ko...

Untuk tatapan bersama aku letakkan accessories peninggalan YanYan..huhu






Pewoz sambung plak:

Orang kata, kawan ketawa memang senang nak cari, kawan menangis sukar dicari. Sahabat yang sanggup kongsi suka dan duka kita bersama, ambil berat antara satu sama lain, sanggup berkorban demi kawan memang satu dalam sejuta. Dalam kes aku, dua dalam sejuta laa.. Yan yan and abelong. And now, she will be leaving us for her future... Yan, ekau ingat tak keje2 giler yang penah kite buat selama ni? Salah satunya yang kita main redah je cari umah abelong. Memang carik nahaskan kite ni. Tapi, itula salah satu kenangan manis yang aku cipta bersama dengan ko. Yang takkan aku lupa sampai bila2. Also all happy time we went through together so much... Laughing so hard, crying together, release tension bila kerja sume serba tak kena... Hehehe...


Thanx for spending so much time with me and abelong. Pegi tengok wayang, main bowling (first time aku main bowling atas desakan ko, sampai tergolek atas lane), melantak tak ingat dunia, cari dvd korea kat kotaraya, dan macam2 lagila. All of it will become one good memory in my heart. Pasni tinggal la aku dengan abelong kat opis je. Takde la lagi manusia bernama Yan Yan yang akan smackdown aku, peluk aku, geletek abelong sampai dia mencarut, atau menyanyi satu lagu tu berulang2 sampai kiteorang pun turut terhafal lagu yang dia nyanyi tu.. Already missing you so much...


Aku tk pandai bermadah mcam abelong. Cuma leh cakap, without you in our life, seems like it's not complete. Hilang sudah sinar pelangi yang menerangi hidup aku. We hope that you will not forget us, remember that though you're faraway, you still so close in our heart. Ingatlah abelong yang suka melatah dan aku yang blur ni slalu. Do take care of yourself and keep in touching (hehehe...). Sayang kite takde gambo bertiga kan? (Abelong la, malu ngak nak amik gambo. Apo tah yang disegannya). Love you yan, don't ever change yourself kay!! Please always be my best firend...

p/s: Abelong, jangan ko remove gambo yang aku dah attach kat bawah ni. I'm warning you!!.


Aja-aja fighting!!!