Thursday, October 8, 2009

"what is life about"

Hidup ini satu permainan,maka aturkanlah permainan dengan baik agar kita mencapai erti kemenangan. Hidup juga tak ubah sebuah sketsa di pentas dunia,maka beraksilah dengan sempurna.

Hidup juga tak ubah seperti perjudian,kalah dan menang menjadi resam. Mereka yang bertuah akan mendapat habuannya dan mereka yang kalah pula sebaliknya..
Namun ape yang kita menganggap hidup ini yang pastinya hidup ini satu perjalanan yang sudah pasti ada destinasi yang hendak ditujui. Setiap langkah kita menuntut kita untuk membuat keputusan yang terbaik,kerana setiap langkah itu menentukan kemana arah dan destinasi yang bakal kita tujui.

Dalam perjalanan hidup ini, mungkin ada banyak destinasi yang ingin kita tuju. Namun sementara kita masih hidup di dunia ini, semua destinasi itu hanyalah bersifat sementara kerana destinasi akhir yang kita akan tuju sebenarnya ialah ke arah kehidupan abadi atau kematian abadi.

Perjalanan hidup ini menuntut perjuangan. Bukan permainan yang menuntut persaingan dengan orang lain untuk menentukan siapa yang kalah atau menang. Bukan juga satu lakonan kepura-puraan atau perjudian yang sia2. Memang ada orang yang hidup dengan cara begitu, tetapi lambat atau cepat, akhirnya menemui kebuntuan dan kekecewaan kerana tidak pernah berasa puas. Mahu terus bermain, terus berlakon dan terus berjudi...

Memperjuangkan hidup ini bermakna tiap langkah hidup ini harus dilangkahi dengan gagah. Sesukar mana pun keadaannya, kita harus terus melangkah dengan langkah pemenang. Ada waktunya kita akan bergembira, namun ada waktunya kita harus berjalan menentang arus. Meskipun demikian, orang yang menghidupi hidup dengan cara sedemikian akan sentiasa punya pengharapan dan keyakinan. Dia tidak akan pernah mengenal erti putus asa serta tidak mudah hilang semangat. Baginya hidup ini harus dihayati sepenuhnya.

Kejatuhan dan kebangkitan hanyalah bunga2 dan warna2 kehidupan. Orang yang gagal sebenarnya bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi mereka yang tidak mahu bangun lagi apabila terjatuh. Orang yang menghidupi hidupnya dengan sepenuhnya, pasti akan sentiasa melihat ada sinar di hujung sana. Mereka sentiasa optimis dan bersikap positif. Bukan menganggap sudah memiliki semuanya atau sudah sempurna, tetapi sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dihajatinya.

...kesedihan dan kegembiraan datang silih berganti.. tetapi janganlah biar sedih itu menjadi racun dalam hidup dan gembira itu menyebabkan kita leka..Perjalanan masih jauh...

0 comments: